Tarikh   : 16 Januari 2023

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan risalah. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat risalah. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Canva. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Kewangan". 

Klik sini untuk lihat foto