Tarikh : 4 Februari 2023 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Sebelum memulakan kelas, peserta diajak untuk bermain Quizziz berkaitan ICT. Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint.Petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh infografik. Peserta diajar untuk memuat turun gambar berkaitan di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Petugas mengajar peserta untuk menambah text dan bentuk dengan menggunakan fungsi Insert. Peserta diajar untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian dengan tajuk. Seterusnya, peserta diajar untuk mengubah Shape Format mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara Berlebihan".