Tarikh : 10 Februari 2023 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Canva dan kegunaannya. Peserta diajar untuk log masuk/daftar masuk Canva menggunakan emel. Petugas mengajar peserta untuk memilih saiz & template yang sesuai untuk membuat stiker. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi (elements dan text) yang ada di dalam aplikasi Canva. Peserta diajar untuk memuat turun gambar yang berkaitan dari carian google. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format jpeg/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "mobile e-waste".