Tarikh   : 17 Februari 2023

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint. Petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh carta alir. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google atau menggunakan fungsi Insert>Icon untuk memasukkan ikon di dalam infografik. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam slide tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam slide supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat Palsu".

Klik sini untuk lihat foto