Tarikh : 4 Mac 2023 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.
Aktiviti yang dijalankan
Sebelum memulakan kelas, peserta diajak untuk bermain Quizziz berkaitan ICT. Peserta diperkenalkan dengan fungsi Canva dan petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh infografik. Peserta diajar untuk memasukkan bentuk, gambar dan grafik dengan menggunakan fungsi upload. Peserta juga diajar untuk memasukkan text dan mengubah format text mengikut kesesuaian. Untuk lebih menarik, petugas mengajar peserta menukar latar belakang yang bersesuaian. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf/jpg. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste".