Tarikh   : 7 Mac 2023

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan kegunaannya. Peserta diajar untuk memasukkan gambar & text dan seterusnya menyusun gambar tersebut dalam bentuk peta minda. Peserta juga diajar untuk memasukkan anak panah dengan menggunakan fungsi Insert>Icon atau Insert>Shapes. Petugas juga mengajar peserta untuk mengubah gambar dalam saiz yang bersesuaian mengikut peta minda yang dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format word document. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet".

 

Klik sini untuk lihat foto