Tarikh   : 3 April 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft word.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB berkaitan topik "Mobile e-waste". Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang kesan terhadap alam sekitar sekiranya sisa buangan elektronik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, pemilihan warna pada kotak dan perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas, kemas dan mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto