Tarikh : 4 April 2023 Masa : 2.00 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menaip khusus untuk ahli baru PEDi.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB berkaitan topik "Keselamatan di Internet". Setelah itu, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan tulisan dan lain-lain. Petugas mengedarkan contoh teks dan meminta peserta menaip berpandukan teks tersebut.