Tarikh   : 5 April 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft word khususnya untuk menaip dan membuat label pada peta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB bertemakan "Maklumat Palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu agar tidak menjadi penyebar kepada maklumat yang tidak benar. Seterusnya peserta kelas diminta untuk membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan tempat-tempat menarik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam microsoft word, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto