Tarikh : 8 Mei 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft word khususnya untuk menaip dan membuat label pada peta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, diadakan slot perkongsian ringkas KDB bertajuk "Mobile e-waste". Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kempen "Mobile e-waste" yang dilancarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC). Petugas menjelaskan kepada para peserta tentang pentingnya memelihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama antaranya dengan menyokong kempen tersebut. Peserta diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan tempat menarik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.