Tarikh   : 06 Ogos 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan kemahiran peserta dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti yang dijalankan 

Pada permulaan kelas, petugas akan menjelaskan terlebih dahulu bahan-bahan yang diperlukan. Selepas itu, pengajar akan menerangkan langkah-langkah pembuatan biskut coklat tersebut. Peserta mula-mula diminta untuk menggulungkan kulit popia sebelum di masakan dengan cara menggoreng. Seterusnya, peserta akan diajar mencairkan coklat dengan kaedah "double boil". Selepas itu, peserta akan mengaulkan kulit popia yang telah digorengkan tadi ke dalam adunan coklat yang telah dicairkan. Akhir sekali, peserta akan masukkan adunan yang telah digaul tadi ke dalam kertas biskut “baking paper” dan menghiasi dengan manit-manit coklat. 

Klik sini untuk lihat foto