Tarikh : 10 Ogos 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta akan mencari gambar dahulu seperti dalam kertas yang telah diedarkan. Selepas itu, peserta akan membuka perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat tugasan yang diberi. Peserta akan memasukkan kotak segi empat ke dalam slide tersebut dengan cara tekan Insert>Shapes tekan segi empat. Seterusnya, peserta akan memasukkan teks dengan cara tekan Insert>WordArt. Selepas itu, peserta akan memasukkan gambar dengan cara tekan insert>Shapes>Fill>Picture. Akhir sekali,peserta akan menyimpan kerja dengan menekan File>Save as>Pdf.