Tarikh : 3 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada kegunaan Google Slides
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu, Peserta diminta untuk memuat turun gambar haiwan kesukaan mereka. Seterusnya, peserta diberikan pautan Google Slides yang akan digunakan semasa kelas. Setelah semua peserta masuk ke pautan yang diberikan, petugas menerangkan apakah Google Slides, serta kegunaannya. Akses sebagai editor tidak diberikan dahulu agar peserta fokus kepada penerangan yang diberikan. Selesai penerangan, peranan sebagai editor diberikan kepada semua peserta yang mempunyai link. Peserta diminta untuk memberikan jawapan kepada setiap soalan yang diberikan dalam Google Slides. Kesemua peserta bekerjasama bagi memastikan soalan yang diberikan telah dijawab oleh semua. Sebagai kesimpulan, petugas sekali lagi menerangkan secara keseluruhan kegunaan Google Slides.