Tarikh    : 4 Januari 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada kegunaan asas Microsoft Excel

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan produk-produk yang ada dalam Microsoft Office, antaranya adalah Microsoft Excel. Peserta turut diterangkan tentang ciri asas Microsoft Excel seperti kolum, baris dan sel. Petugas meminta peserta untuk menaip nombor, nama dan lain-lain pada sel yang disebutkan oleh petugas. Setelah peserta biasa dengan ciri asas Excel, petugas seterusnya menerangkan kegunaan lain dalam Excel iaitu pengiraan asas Matematik – tambah, tolak, darab dan bahagi. Latihan diberikan, dan petugas membimbing peserta untuk sama-sama menyiapkan latihan yang diberikan.

 

Klik sini untuk lihat foto