Tarikh    : 17 Januari 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada bidang STEM dan kelebihannya

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum aktiviti STEM dijalankan, video kitaran hidup beluncas ditayangkan kepada peserta. Penjelasan berkenaan proses metamoforsis yang lengkap juga turut diceritakan kepada peserta. Setelah selesai tayangan video, peserta dibekalkan dengan bahan-bahan untuk aktiviti. Antaranya adalah tisu, lidi dan marker. Peserta diminta untuk membuat garisan menggunakan marker pada tisu, seterusnya menggulungkan tisu pada lidi yang telah diberikan dan dimampatkan. Tisu yang telah dimampatkan seterusnya diarik keluar dari lidi dan diletakkan dalam bekas plastic yang lain. Setelah semua selesai meletakkan tisu masing-masing, peserta diminta untuk membasahkan tisu dengan air menggunakan tisu, secara perlahan-lahan. Tisu akan mengembang dan bergerak seolah-olah seperti ulat beluncas. Di akhir aktiviti, petugas sekali lagi menceritakan proses kitaran hidup beluncas kepada peserta

Klik sini untuk lihat foto