Tarikh : 18 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan Borang Tempahan, serta maklumat yang perlu ada dalam borang tempahan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa, petugas bertanya kepada peserta berkenaan dokumen perniagaan yang mereka tahu. Seterusnya, petugas bertanya apakah jenis perniagaan yang diminati oleh peserta. Petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan borang tempahan dalam setiap jenis perniagaan yang dijalankan. Terdapat perniagaan yang memerlukan borang tempahan, dan ada juga perniagaan yang tidak memerlukan borang tempahan. Petugas turut menunjukkan beberapa contoh Borang Tempahan dari pelbagai sumber. Setelah itu, petugas meminta peserta untuk menyediakan Borang Tempahan bagi perniagaan yang telah disebut. Di akhir kelas, petugas sekali lagi mengulang tentang kepentingan Borang Tempahan kepada peserta yang hadir.