Tarikh    : 24 Januari 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi pembelajaran yang lebih interaktif dan Mengulangkaji pelajaran Matematik

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi Quizizz serta kegunaannya. Kuiz matapelajaran Matematik dijalankan menggunakan Quizizz dan peserta menjawab soalan yang dipaparkan. Perbincangan turut dilakukan semasa kuiz dijalankan. Peserta telah menjawab kesemua soalan kuiz dengan baik. Permainan secara atas talian untuk matapelajaran Matematik juga turut diselitkan semasa kelas berlangsung. Peserta secara bergilir-gilir menjawab soalan dalam permainan yang telah dipilih.

Klik sini untuk lihat foto