Tarikh : 27 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peserta berkenaan bidang STEM serta kelebihannya
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas memulakan kelas dengan bertanya kepada peserta pengetahuan yang mereka ada tentang kapal selam. Peserta diceritakan tentang konsep asas kapal selam. Seterusnya, petugas menayangkan video berkenaan proses pengapungan dan tenggelam kapal selam. Sepanjang video ditayangkan, perbincangan turut dilakukan. Setelah peserta tahu konsep asas kapal selam, bahan untuk aktiviti seterusnya diedarkan kepada peserta. Petugas membimbing peserta untuk mencipta kapal selam DIY. Setelah siap, kapal selam dimasukkan dalam bekas yang berisi air. Terdapat kapal selam yang terapung, dan ada juga yang tenggelam. Petugas sekali lagi menerangkan kepada peserta konsep kapal selam yang telah ditonton semasa tayangan video sebelumnya.