Tarikh : 03 Mac 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta untuk membuat soalan dalam talian tanpa menggunakan kertas lagi seperti dulu.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diterangkan terlebih dahulu tentang apa itu “google form”. Selepas itu, peserta akan diajar bagaimana mencipta soalan dalam google form. Kemudian, peserta sendiri yang akan mencipta soalan untuk orang awam menjawab soalan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan soalan tersebut dengan menekan File>Save.