Tarikh : 2 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengajarkan konsep matematik dan seni melalui aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif.
Pada permulaan kelas, peserta akan menonton contoh-contoh bentuk tesselasi di laman youtube. Kemudian, pengajar akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, pensel, pemadam, pembaris, pensel warna dan gunting. Selepas itu, peserta kaan memulakan tugasan yang diberi. Seterusnya, apabila peserta telah menyiap membentuk dan menggunting bentuk/corak tersebut, maka peserta akan tekapbentuk tersebut di permukaan kertas. Akhir sekali, peserta akan mewarnakan bentuk yang telah ditekap tadi mengikut kreativiti mereka.