Tarikh : 8 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu baru tentang cara dan format untuk membuat surat permohonan
Pada permulaan kelas,peserta akan diminta untuk membaca surat permohonan yang diedarkan oleh pengajar. Selepas itu, peserta akan membuka Microsoft Word dan menaip contoh surat permohonan yang telah diedarkan.Seterusnya surat tersebut lebih kurang seperti surat rasmi yang memerlukan “kepala surat”, maka dengan itu peserta perlu letak Alamat Pengirim, Tarikh dan Alamat Penerima. Kemudian, peserta akan menaip bahagian “Pembukaan Surat” dengan adanya kandungan Salam Pembuka dan Subjek Surat. Peserta juga akan menaip isi Kandungan Surat yang mengandungi minimum 3perenggandan Penutup Surat. Akhir sekali, peserta akan menaip untuk bahagian tandatangan.