Tarikh : 10 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada konsep Keapungan yang digunakan dalam Hot Air Balloon
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menayangkan video Hot Air Balloon untuk menarik minat peserta. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta bagaimana Hot Air Balloon boleh terapung di udara: Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk. Peserta seterusnya membuat aktiviti membina Hot Air Balloon dari bahan mudah yang telah disediakan oleh petugas: Belon, cawan kertas, selotep & pisau. Di akhir kelas, petugas membuat sedikit ulangkaji tentang penerangan di awal kelas untuk memastikan peserta masih ingat konsep yang telah digunakan