Tarikh    : 17 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang konsep ketumpatan air

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum aktiviti bermula, petugas menerangkan kepada peserta tentang konsep ketumpatan air.  Persoalan tentang konsep ketumpatan air turut diajukan kepada peserta untuk menguji kefahaman. Seterusnya, aktiviti dijalankan menggunakan bahan yang telah disediakan: Balang kaca, air paip, pewarna, minyak, sabun pencuci, dulang air. Petugas mengarahkan peserta untuk memasukkan cecair satu persatu ke dalam balang kaca dan memerhatikan pergerakkan cecair tersebut. Setelah semua cecair dimasukkan, bahan-bahan dibiarkan untuk seketika. Setelah itu,peserta memerhatikan keadaan cecair dan menyatakan kedudukan cecair. Di akhir aktiviti, petugas menerangkan sekali lagi kepada peserta, cecair yang lebih tumpat akan berada paling bawah, dan cecair yang kurang tumpat akan berada diatas.

Klik sini untuk lihat foto