Tujuan

Tarikh    : 18 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

 

Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk rasa seronok untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan medium yang lebih interaktif bersama peserta.

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum sesi ulangkaji menggunakan platform atas talian dijalankan, petugas membuat sedikit ulangkaji asas matapelajaran Matematik dengan peserta. Selesai ulangkaji bersama petugas, peserta diminta untuk memasukkan pautan Adapted Mind (Mathematics) pada enjin carian di komputer. Sesi ulangkaji dibuat secara serentak, dengan bimbingan dari petugas. Latihan matapelajaran Matematik dibuat sehingga selesai tahap yang telah dipilih

Klik sini untuk lihat foto