Tujuan

Tarikh    : 21 Julai 2024

Masa     : 9.00 pagi - 12 tengahari

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta tertarik untuk membuat sesuatu perniagaan yang sangat mudah cara pembuatan produknya.

Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan ap aitu “Sagu Gula Apong”. Kemudian, pengajar akan menenrangkan satu persatu bahan-bahan yang digunakan iaitu sagu, gula apong, susu dan ais.  Selepas itu, peserta akan memasakkan sagu itu supaya ianya masak dan kembang. Seterusnya, apabila sagu telah dimasak maka peserta akan memasukkan sagu tersebut ke dalam cawan. Kemudian, peserta akan menuangkan gula apong yang telah dicairkan kedalam cawan yang tadi serta memasukkan susu dan ais. Akhir sekali, peserta akan menikmati pencuci mulut tersebut yang telah mereka buat sendiri.

Klik sini untuk lihat foto