Tarikh : 04 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memastikan peserta dapat menguruskan kewangan dengan berkesan, mengelakkan masalah kewangan, dan mencapai matlamat kewangan mereka.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menyuruh peserta untuk membuka laman web canva. Peserta akan memilih slaid yang mana mereka suka. Selepas itu,peserta akan mula menaipkan tentang asas pengurusan kewangan. Seterusnya,peserta akan membentangkan dihadapan agar mereka lebih memahami tentang asas tersebut.. Akhir sekali akan ada soal jawab untuk memastikan peserta benar-benar faham.