Tarikh : 08 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu baru cara membuat bendera Malaysia secara digital.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan terlebih dahulu cara dan format untuk membuat bendera Malaysia ini secara digital. Kemudian, peserta akan menekan Insert>Shapes> segi empat. Seterusnya, akan diikuti dengan yang lain sepertimana jalur gemilang ada 14 garis ( 7 merah, 7 putih). Oleh kerana bulan dan bintang tidak terdapat dalam pilihan ribbon shapes, maka peserta akan mencarinya di dalam Microsoft Edge dan muat turun. Sebelum ianya dimasukkan kedalam Microsoft Word, bulan bintang yang dimuat turun tadi perlu di remove background dahulu. Akhir sekali, peserta akan memasukkan bulan bintang dengan menekan pada shapes segi empat kemudian tekan right click>Fill in>Picture> From a File>Insert.