Tarikh : 10 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri peserta
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta untuk memasukkan pautan Puzzle Online Games ke pelayar Microsoft Edge. Setelah memilih gambar puzzle yang diminati, petugas memberikan masa selama 5 minit kepada peserta untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Peserta berjaya menyelesaikan puzzle yang dipilih, dan dibenarkan untuk memilih puzzle yang lain. Setelah selesai menyiapkan puzzle, petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan menguruskan emosi ketika dalam tekanan. Petugas turut menerangkan kepentingan kemahiran menyelesaikan masalah kepada peserta.