Tarikh : 16 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada asas-asas kejuruteraan seperti struktur, kestabilan, dan kekuatan bahan.
Pada permulaan kelas, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil (4-5 orang setiap kumpulan). Seterusnya, petugas akan mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, air botol mineral yang berisi air, buku -buku yang tebal serta tisu basah yang mempunyai timbangan yang berat kepada setiap kumpulan. Maka peserta akan memikirkan cara mengolah kertas tersebut seperti jambatan yang mampu menampung beban yang berat. Akhir sekali, peserta akan faham dan mendapat ilmu baru yang berkaitan dengan ketahanan jambatan apabila sudah dipraktikalkan.