DSCN8040

Peserta diterangkan mengenai aplikasi dashboard MyShop. Peserta diterangkan bagaimana cara memasarkan produk atas talian. Peserta mempelajari bagaimana upload produk dan mempromosikan produk mereka.

 

Laporan November - Pemasaran dalam talian (MyShop)

 Tarikh   : 3 November 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi dashboard iaitu ruangan MyShop menyediakan platform untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Para peserta diminta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan berkenaan aplikasi My Shop. Mereka diminta memasukkan maklumat berkenaan produk seperti harga, nombor telefon serta alamat untuk memudahkan pembeli mendapatkan maklumat berkenaan produk yang mereka berkenan. Setelah memasukkan maklumat, mereka memasukkan gambar produk mereka. Melalui aplikasi My Shop mereka dapat mengiklankan produk mereka dan pendapatan mereka akan bertambah.