23376442 1134461073351373 8482560690848646118 n

Peserta akan dilatih membuat perkara yang berfaedah seperti membuat pin bunga tudung sendiri dengan menggunakan aplikasi youtube sebagai sumber rujukan. Melalui aplikasi youtube ia akan memudahkan lagi peserta untuk mengikuti cara pembuatan pin bunga tudung melalui video. Ini sekaligus menguji tahap kreativiti dan inovasi para peserta menggunakan youtube untuk menghasilkan sesuatu produk.

 

Laporan November - Tutorial Membuat Pin Bunga Tudung (youtube)

 Tarikh   : 3 November 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk kemahiran para peserta menggunakan youtube sebagai sumber pembelajaran bukan sekadar untuk menonton tayangan video semata-mata. Malahan melalui sumber youtube akan melatih diri mereka lebih berpengetahuan dalam menghasilkan sesuatu produk dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana melalui tayangan video, langkah demi langkah ditunjukkan untuk menghasilkan produk tersebut. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar cara membuat pin bunga tudung melalui youtube. Petugas turut menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk tersebut. Peserta menerangkan kepada petugas cara membuat pin bunga tudung melalui video di youtube. Para peserta cuba mengikuti langkah cara pembuatan pin bunga tudung satu persatu sehingga siap. Para peserta berjaya menghasilkan pin bunga tudung atas tunjuk ajar dari petugas dan melalui youtube.