Peserta akan diterangkan mengenai fungsi-fungsi komponen dalam Microsoft Word. Peserta akan diajar oleh petugas bagaimana membuat surat tidak rasmi untuk menambah pengetahuan peserta dalam menaip dengan menggunakan format yang betul.
Laporan November - Latihan Menaip Surat Tidak Rasmi (Microsoft Word)
Tarikh : 4 November 2017 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan microsoft word dimana para peserta akan diterangkan satu persatu modul dalam microsoft word yang perlu diikuti sebagai rujukan untuk mereka membuat sesuatu surat. Melalui penerangan petugas maka para peserta akan mudah faham dan dapat membuat tugasan yang diberikan dengan cepat dan mengikut format yang betul.
Aktiviti
Para peserta diajar menggunakan microsoft word menggunakan aplikasi smartdraw. Ia memudahkan para peserta memahami cara menaip menggunakan microsoft word. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas bagi memastikan latihan yang dibuat mengikuti format yang betul seperti yang telah diajar kepada mereka.