Peserta akan diterangkan mengenai fungsi-fungsi komponen dalam Microsoft Power Point. Peserta akan diajar oleh petugas bagaimana membina slaid untuk menambah pengetahuan peserta dalam ict dengan diajar mengikut modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas.
Laporan November - Latihan Membina Slaid (Microsoft Power Point)
Tarikh : 4 November 2017 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan microsoft power point dimana para peserta akan diterangkan satu persatu modul dalam microsoft power point yang perlu diikuti sebagai rujukan untuk mereka membina slaid. Melalui penerangan petugas maka para peserta akan mudah faham dan dapat membuat tugasan yang diberikan dengan cepat dan mengikut format yang betul.
Aktiviti
Para peserta diajar menggunakan microsoft power point oleh petugas. Ia memudahkan para peserta memahami cara membina slaid menggunakan microsoft power point. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji kefahaman mereka dalam membina slaid. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas bagi memastikan latihan yang dibuat mengikuti format yang betul seperti yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, mereka diajar memuat turun gambar untuk dimasukkan ke dalam slaid.