23376327 1134466090017538 5276686382913939545 n

Peserta di perkenalkan dengan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI1M dan aktiviti yang bakal diadakan di PI1M pada masa akan datang. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan cara penggunaan internet dengan selamat. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Showing diadakan untuk pelajar pada hari program ini dijalankan.

 

Laporan Oktober - Klik Dengan Bijak (Tips Keselamatan Menggunakan Internet) 

 Tarikh   : 6 November 2017

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang

 

Tujuan

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak. Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebat dalam jerat cinta internet. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan contoh video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet.