24909620 1150613048402842 351098184824815137 n

Peserta diberikan arahan bagaimana untuk menjawab kuiz dengan cara yang betul. Seterusnya peserta melaksanakan kuiz yang diberikan oleh petugas secara individu. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Menguji tahap minda pelajar mengenalpasti perkakasan komputer, klik dengan bijak, serta software yang terdapat di dalam komputer.

 

Laporan Disember - Kuiz Teka Silang Kata IT

 Tarikh   : 7 Disember 2017

Masa     : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang

 

Tujuan

Memupuk pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet yang betul. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Aktiviti ini menguji minda para peserta berkenaan ICT dan juga KDB.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan dengan klik dengan bijak ketika menggunakan internet kepada para peserta. Para peserta diminta menyelesaikan teka silang kata yang diberi berkenaan dengan kdb. Petugas menerangkan mengenai maksud perkataan yang susah kepada peserta. Peserta diuji pengetahuan mereka dalam mengisi kotak kosong yang diberikan dan mencari perkataan tersembunyi yang telah disediakan oleh petugas. Hasil latihan kuiz yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas. Para peserta menjawab soalan teka silang kata mengikut peruntukan masa yang diberikan. Sekiranya peserta tidak faham maksud ayat tersebut, petugas akan menerangkan kepada peserta tersebut.