Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat kek cawan yang cantik, mudah dan sedap. Menggunakan web sebagai sumber pembelajaran.
Laporan Disember - 1) Latihan Keusahawanan: Membuat Kek Cawan
Tarikh : 23 Disember 2017 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan, ciri-ciri seorang usahawan, perbezaan usahawan dan keusahawanan. Peserta juga menonton tutorial membuat kek cawan di youtube. Latihan menggunakan internet secara bijak (youtube) sebagai sumber untuk mempelajari resepi membuat kek cawan dan cara membuatnya mengikut langkah mudah yang ditunjukkan secara online. Para peserta diterangkan mengenai keusahawanan dan mereka juga didedahkan dengan tutorial untuk membuat kek cawan yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
Peserta mewarna online menggunakan brush paint yang tersedia dan melengkapkan objek tersebut dengan warna yang disediakan. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Aktiviti ini menguji kemahiran para peserta dalam menghasilkan sesuatu lukisan yang menggunakan warna yang sesuai dan menggunakan teknik yang betul.
Laporan Disember - 2) Mewarna Online
Tarikh : 23 Disember 2017 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com. Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka.