PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

w ca0ae881-fa9a-4c5d-9e43-dda5d48ce851

Nama perniagaan

Peniaga wantan homemade dan produk sarang madu

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Nurfatehah Binti Suut

No. telefon dan Fb

019-2844063

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Cik Fatehah merupakan seorang Operator Pengeluaran di sebuah kilang elektronik yang terletak di Sama Jaya, Kuching, Sarawak. Kemahiran memasak suatu kelebihan buat beliau justeru sebagai usaha mencari pendapatan sampingan, beliau rajin berniaga wantan homemade. Beliau mengiklankan jualannya dalam kumpulan WhatsApp kampung dan facebook. Selain menjual wantan, beliau juga sejak kebelakangan ini aktif menjual produk sarang madu yang mulai viral. Beliau  mendapatkan stok jualan tersebut daripada kenalan di facebook. Penularan pendemik covid-19 yang menyebabkan tempat kerja beliau ditutup sementara tidak menjejaskan sumber kewangan beliau kerana perniagaan beliau sedikit sebanyak berjaya membantu menambahkan duit untuk perbelanjaan harian. Hal ini membuktikan minat berniaga mampu menjadi penyelamat sekiranya berlaku sesuatu di masa akan datang yang melibatkan tempat kita bekerja.