PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

c47f7984-8c68-4d62-b653-d6c06b15e70c 7161c90d-9d8b-4378-a90a-7c634761a64d

Nama perniagaan

Peniaga jeruk asam mangga

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Maizura Binti Abu Kassim

No. telefon dan Fb

019-8916746

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Maizura merupakan seorang usahawan atas talian yang aktif di Kampung Mang. Beliau menjual pelbagai jenis barang keperluan termasuk pakaian, minuman dan barangan rumah. Baru-baru ini, beliau mula menjadikan jeruk asam mangga sebagai antara barang yang diniagakannya. Stok jeruk diperolehi daripada rakannya yang membuat sendiri jeruk tersebut di rumah. Kelebihan memiliki kenalan yang ramai di media sosial Facebook sangat memudahkan Puan Maizura membuat kerja-kerja pengiklanan. Kebiasaannya, dalam masa beberapa jam sahaja jeruk asam mangga beliau terjual habis sehingga mencapai 200 bungkus sehari. Faktor harga yang mampu milik juga mempengaruhi kejayaan perniagaan Puan Maizura itu. Ada dalam kalangan peniaga lain yang menjual jeruk seperti itu dengan harga RM5 sebungkus sedangkan Puan Maizura cuma menjual dengan RM4 sebungkus.