USAHAWAN MAKANAN DAN PRODUK KESIHATAN

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

87c3d214-7e56-424f-a321-36a42b355155 321298158 685442076581426 7309004809649712191 n

Nama produk

Usahawan makanan dan produk kesihatan

Alamat

Kampung Niup, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm5.00 - Rm50

Nama pengusaha

Nuraliza Binti Narudin

No. telefon dan Fb

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Fb https://www.facebook.com/lieyza.eyza

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Cik Nuraliza merupakan lepasan Politeknik Kuching. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta yang terletak di Kota Samarahan. Komitmen dalam menguruskan keluarga menyebabkan Cik Nuraliza mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Memiliki latar belakang keluarga yang pandai berniaga, Cik Nuraliza mewarisi kemahiran berniaga daripada arwah ayahnya yang sebelum ini merupakan pengusaha kedai runcit di Kuching. Cik Nuraliza menjalankan perniagaan menjual kuih-muih, makanan bermasak dan biskut antaranya char kuew, donut, kek coklat keju, biskut semperit susu, tart nanas, batang buruk dan almond London. Beliau juga merupakan ejen berdaftar produk seperti Shaklee dan Amway. Sebelum mengenali PEDi, Cik Nuraliza hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. 

 

Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Cik Nuraliza telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Di PEDi, beliau telah mempelajari cara membuat pelekat (sticker) produk. Beliau dibimbing cara membuat logo sendiri menggunakan perisian microsoft power point dan postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali barangan yang dijual oleh Cik Nuraliza. Petugas PEDi turut membimbing beliau cara mengiklankan barangan yang dijual menggunakan platform jualan atas talian iaitu Shopee. Kursus keusahawanan di PEDi anjuran pihak Rakan Digital PEDi, KEMAS dan Unimas antara kursus yang pernah dihadiri oleh Cik Nuraliza bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.