USAHAWAN MAKANAN (ROTI CANAI)
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Usahawan makanan (Roti canai) |
Alamat |
Kampung Naie, 94300, Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm2.00 - Rm20.00 |
Nama pengusaha |
Fariza Binti Sikong |
No. telefon dan Fb |
013-5542669 Fb https://www.facebook.com/fariza.bintisikong |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Puan Fariza merupakan seorang suri rumah. Beliau suka memasak, mahir dalam membuat kuih-muih serta roti canai. Suami beliau turut berkongsi minat yang sama justeru sering memanfaatkan kemudahan youtube untuk mencuba resepi roti canai yang terbaru. Untuk membantu suami menambah pendapatan, Puan Fariza menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual roti canai sejuk beku. Sambutan yang menggalakan daripada penduduk kampung menyebabkan beliau mengorak langkah membuka gerai roti canai di kedai makan Tanjung Tuang, Kota Samarahan.
Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Puan Fariza telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Petugas PEDi membimbing beliau cara membuat pelekat (sticker) produk. Beliau diajar cara membuat logo sendiri menggunakan perisian postermywall. Logo yang siap dibuat akan dicetak pada kertas pelekat (sticker glossy paper). Penggunaan logo akan memudahkan pelanggan untuk mengenali produk yang dijual oleh Puan Fariza. |