SABERKAS

Saberkas merupakan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1972, atas persetujuan wakil-wakil empat pertubuhan belia terbesar di Sarawak iaitu Gabungan Kelab-kelab Melayu Sarawak, Majlis Belia Sarawak, Kelab-kelab Belia Bidayuh Sarawak dan Kelab 4H. Penubuhannya dirasmikan pada 31 Mac 1973 dengan objektif utama iaitu menyatukan belia-belia dan menggemblengkan tenaga mereka untuk pembangunan negara dengan setia serta memiliki semangat dan iltizam untuk berbakti.

Penubuhan SABERKAS menekankan beberapa objektif. Antara objektif-objektifnya ialah:

 1. Menanam perasaan taat dan setia akan Malaysia.

 2. Memupuk kesejahteraan ahli-ahli SABAERKAS dan masyarakat keseluruhannya, spiritual mental dan fizikal...

 3. Memupuk persahabatan dan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli SABERKAS dan masyarakat keseluruhannya.

 4.  Menggalakkan belia memelihara hubungan dengan Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia, sebagaimana dibenarkan dan diiktiraf oleh kementerian berkenaan.

 5. Bekerjasama rapat dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebajikan belia.

 6. Mempertahankan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia sejagat.

 

 PASUKAN BOLA SEPAK KAMPUNG NIUP

18485872 185913058598335 597901056990116096 n

 

PASUKAN BADMINTON KAMPUNG NIUP

18664649 188908861632088 2595655157960098447 n

 

AKTIVITI

Antara aktiviti belia di Kampung Niup, Kota Samarahan adalah bermain futsal, bola sepak, latihan silat pada waktu malam dan banyak lagi.Dengan adanya aktiviti seperti ini, maka secara tidak langsung dapat memupuk minat para belia agar mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

 18425121 184503728739268 7582079369370082956 n