146524556 2802042323387760 8733131729826765905 n 146805429 2802042826721043 2025486931770192016 n 147072238 2802042416721084 1094557082252292746 n
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Hassan Bin Ali

Umur

55 Tahun

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

018-3754063

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

 

         Disebalik kawasan hutan, kebun kelapa, getah, lada dan pisang di Kampung Niup, tersembunyi suatu kisah tentang masyarakat dahulu kala yang tak terungkapkan. Mewarisi tanah pusaka orang tua, Pak Cik Hassan Ali 75, tidak menyangka sama sekali tindakannya mengupah jentolak untuk membersihkan hutan tua di tanahnya akan membawa kepada suatu penemuan yang tak disangka. Tatkala menggali tanah, pemilik jentolak memaklumkan kepada pak cik Hassan tentang adanya beberapa batang kayu yang berceracakan di dalam tanah. Setelah usaha mengeluarkannya dibuat, mereka mendapati ianya merupakan kayu-kayu belian yang saiznya sebesar pemeluk orang dewasa dengan ketinggian sekitar 8 kaki. Pada kayu tersebut, terdapat lubang segi empat berkemungkinan bertujuan agar ianya dapat disambungkan pada kayu lain.

       Kisah itu tidak terhenti di situ. Pernah juga tatkala dia mengupah orang untuk membuat parit, para pekerja memaklumkan kepadanya tentang beberapa barang yang ditemui sewaktu menggali tanah seperti linggi perahu yang berukir, kayu pengayuh belian, bahagian lesung kayu, serpihan pinggan mangkuk, batu-bata merah dan serpihan seakan arang batu. Orang kampung yang berkebun di tanah sebelah miliknya turut mendakwa pernah menemui serpihan perahu lama, tetapi apa yang menghairankan kedudukan tanah mereka sebenarnya agak jauh dari sungai. Ada juga cerita yang mengatakan di situ kira-kira lebih seabad yang lalu pernah wujud perkampungan lama. Walau bagaimanapun, susunan kayu belian besar yang ditemui seperti dinyatakan tadi tidak dapat dipastikan kegunaannya. Terdapat lebih 15 batang belian bersaiz sederhana masih tertanam di kawasan kebun itu.