183624318 2953785311503390 8567489407659095250 n 182832420 2953786108169977 2814679497283130688 n 183417813 2953785184836736 1831644569895917486 n
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Lizawati Binti Sekoh

Umur

39 Tahun

Alamat

No. 33 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

014-9991529

Waktu operasi

7.00 pagi - 6.00 petang

 

Kek lapis merupakan antara ikon makanan tradisi khususnya bagi masyarakat Melayu Sarawak. Rupa yang menarik serta kesedapan rasanya menyebabkan ianya sering mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat tempatan serta pengunjung yang datang dari Semenanjung Malaysia. Menjelang musim perayaan seperti Hari Raya, Gawai Dayak, Tahun Baru Cina dan Krismas, kebiasaannya pengusaha kek lapis tak menang tangan dalam melayan permintaan yang tinggi daripada para pembeli. Kek lapis India, evergreen, lapis tembikai dan masam-masam manis merupakan antara jenis kek lapis yang disukai oleh para pembeli. Bagi suri rumah yang juga pengusaha kek lapis Sarawak iaitu Puan Lizawati Sekoh, minat dalam membuat kek serta berniaga menyebabkan beliau kini muncul sebagai pengusaha kek lapis terkenal di Kampung Mang. Kemudahan laman social seperti facebook dan WhatsApp telah digunakan oleh beliau untuk mempromosikan produk yang dihasilkan olehnya sekaligus membantu dia menambah pendapatan suami.