imej 2

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk membuat sampul raya yang menarik dan cantik dengan menggunakan kertas A4 sahaja.

 

Laporan Disember: E-Pembelajaran (Tutorial) Membuat Sampul Raya

 Tarikh   : 23 Disember 2017

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dan membuat dan mereka cipta sampul raya yang menarik dengan menggunakan kertas A4. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara melipat sampul yang kemas dan menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka juga didedahkan dengan tutorial untuk membuat sampul raya yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi dibantu petugas bagi memastikan sampul yang dibuat betul mengikut tutorial yang terdapat dalam youtube.