IMG-20171224-WA0007

Peserta di perkenalkan dengan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang dijalankan. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan kaitan aktiviti tersebut dengan program klik dengan bijak. Aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan.

 

Laporan Disember: Sukaneka (Game Kit KDB Bersama Pelajar)

 Tarikh   : 24 Disember 2017

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan & Perkarangan PI1M Pekan                       Samarahan

Peserta : 25 Orang

 

Tujuan

Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet melalui permainan berkaitan KDB dan kuiz ringkas yang dijalankan oleh petugas. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijjak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi peluang pelajar meluangkan masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah semasa menyertai program yang dijalankan oleh petugas PI1M.

 

Aktiviti

Permainan yang diadakan seperti:

1) Kiri duri kanan pun berduri : Moral disebalik permainan adalah - Berhati-hati dan berwaspada dengan berita yang diterima di internet.

2) Istana Pasir: Menguji tentang pentingnya - Kerjasama dan tanggungjawab bersama.

3) Master Chopstik : Menguji kebijaksaan pelajar dalam melayari inertnet. 

4) Cawan Terbalik : Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.

5) Jambatan terpanjang: Mengenalpasti kreativiti pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

6) Sorakan Kumpulan: memastikan pelajar bekerjasama dan bergnding bahu supaya sentiasa bertangungjawab sesama sendiri.