DSCN8642

Peserta juga menonton tayangan video klik dengan bijak berkenaan penipuan belian secara atas talian, sumber youtube. Melatih diri peserta minat mempelajari tentang keusahawanan dan dapat mencipta sesuatu risalah yang menarik untuk mempromosi produk yang ingin mereka jual. Peserta dapat membuat risalah yang cantik dengan menambah gambar, memasukkan jadual dan grafik yang lebih kemas. 

 

Laporan Januari - Membuat Risalah

                                      - Klik Dengan Bijak

 Tarikh   : 6 Januari 2018

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat risalah untuk memaklumkan orang ramai mengenai tawaran istimewa promosi perniagaan. Dapat menarik minat pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan melalui risalah yang menarik, kemas dan cantik. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Word. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan berhati-hati ketika membeli secara atas talian. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk.

 

Aktiviti

Peserta membuka perisian pemprosesan kata dan buka dokumen baru. Petugas menerangkan langkah-langkah membuat risalah dan diikuti para peserta. Peserta belajar menambah teks, yang berbentuk slogan atau ayat yang menarik perhatian. Seterusnya, menambah gambar ke dalam risalah dari galeri clip art dan gambar tersebut diubah mengikut saiz yang dikehendaki. Seterusnya, memasukkan jadual ke dalam risalah berkenaan tawaran istimewa produk. Peserta menambah maklumat lain yang menjemput orang ramai ke tawaran istimewa. Setelah siap, dokumen di simpan ke dalam fail tersedia.