PENGUSAHA HOMEMADE CENDOL (CENDOL MAHEDUL), ABC DAN PENJAHIT PAKAIAN
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Pengusaha homemade cendol (Cendol Mahedul), ABC dan penjahit pakaian |
Alamat |
Kampung Mang, Jalan Masjid Ali Fatimah, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm3.00 – Rm40.00 |
Nama pengusaha |
Normah Binti Drahman |
No. telefon dan Fb |
0111-2004296 |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Puan Normah merupakan seorang tukang jahit yang telah melibatkan diri dalam perniagaan itu sejak 8 tahun yang lalu. Minat untuk menambah pendapatan menyebabkan beliau menyertai kursus pembuatan cendol dan ABC anjuran Risda Samarahan. Hasil penyertaan dalam kursus tersebut, beliau kini muncul sebagai salah seorang peniaga cendol homemade yang cukup dikenali di Kampung Mang. Perniagaan cendol beliau beroperasi setiap hari dan permintaan terhadap produk keluaran beliau itu semakin meningkat tatkala menjelangnya bulan Ramadhan. Pada tahun 2020, puan Normah telah mendaftar sebagai ahli PIK Kampung Niup. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PIK, beliau mulai mahir dalam menggunakan perisian komputer khususnya microsoft office, penggunaan internet dan media sosial untuk memajukan dan mempromosikan lagi perniagaan miliknya. |
PENIAGA PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN DAN PAKAIAN (RIZA BINTI SAID
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Peniaga produk kesihatan, kecantikan dan pakaian |
Alamat |
Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm25 – Rm100 |
Nama pengusaha |
Riza Binti Said |
No. telefon dan Fb |
017-8558562 Fb https://www.facebook.com/riza.said.1 |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Puan Riza merupakan seorang pengusaha perniagaan atas talian di Kampung Niup. Beliau menajalankan perniagaan atas talian menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsap. Beliau mula berniaga secara atas talian pada awal tahun 2020 dan hanya menjual di kawasan kampung sahaja disebabkan pandemik covid-19 yang melanda negara pada bulan mac yang lepas. Puan Riza pernah mengikuti beberapa kelas latihan keushawanan yang diadakan di Pusat Internet Kampung Niup, Pekan Samarahan sebelum ini. |
PENGUSAHA KEDAI GUNTING RAMBUT DAN PENIAGA BARANGAN KECANTIKAN (AZAHAR BIN ALI)
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Pengusaha kedai gunting dan peniaga barangan kecantikan |
Alamat |
Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm12 – Rm50 |
Nama pengusaha |
Azahar Bin Ali |
No. telefon dan Fb |
019-8688619 Fb https://www.facebook.com/arsyadqaiserhairstudio |
Bilangan pekerja |
4 orang |
Tentang perniagaan |
Encik Azahar merupakan seorang pengusaha perniagaan atas talian yang menjual produk kecantikan seperti minyak wangi Sugarbomb dan mempunyai kedai gunting rambut (Arsyad Qaiser Hair Studio) di Aiman Mall Kota Samarahan. Beliau berasal dari Kampung Niup dan pernah mengikuti program keusahawanan My Shop di Pusat Internet Kampung Niup. Beliau menjalankan perniagaan atas talian menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsApp. Beliau mula berniaga pada tahun 2017 dan mencipta laman facebook sendiri untuk meluaskan lagi perniagaannya. |
PENIAGA ROTI CANAI DAN KARIPAP SEJUK BEKU (NUR FARHANAH ISMA BINTI ISMAIL)
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Peniaga roti canai dan karipap sejuk beku |
Alamat |
Kampung Naie, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm3 – Rm10 |
Nama pengusaha |
Nur Farhanah Isma Binti Ismail |
No. telefon dan Fb |
0199569213 Fb https://www.facebook.com/farhanah.isma |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Cik Nur Farhanah Isma merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Kelapangan masa sewaktu menunggu keputusan SPM membuatkan beliau cuba berniaga secara kecil-kecilan di rumah. Beliau yang telah mahir membuat karipap dan roti canai sejuk beku hasil tunjuk ajar daripada ibu beliau mula mempromosikan produk yang dibuat di dalam kumpulan whatsapp dan laman sosial facebook. Setelah menjadi ahli PIK Niup, beliau semakin mahir menggunakan komputer setelah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PIK. Beliau juga telah memanfaatkn kemudahan internet di PIK untuk mengembangkan lagi pengiklanan perniagaannya. |
PENIAGA PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN DAN PERTANIAN (PUAN ANIZA BINTI BARAHIM
PERKARA |
BUTIRAN |
Gambar produk |
|
Nama produk |
Peniaga produk kesihatan, kecantikan dan pertanian |
Alamat |
Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Harga |
Rm5 – Rm130 |
Nama pengusaha |
Aniza Binti Barahim |
No. telefon dan Fb |
019-8782047/ |
Bilangan pekerja |
2 orang |
Tentang perniagaan |
Puan Aniza merupakan seorang guru KAFA. Minat berniaga menyebabkan beliau berusaha mencari produk-produk yang dirasakan mampu menarik minat orang kampung serta kawan-kawan untuk membeli. Oleh yang demikian, beliau menyertai kumpulan perniagaan yang menjual produk kecantikan dan kesihatan seperti CNI. Pada masa yang sama juga, beliau turut aktif menjual hasil pertanian seperti cili, durian, cempedak dan lain-lain lagi. Beliau mempromosikan barangan yang dijual melalui laman sosial facebook dan whatsApp. |