PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

94b58c84-3124-4f18-8a83-7f96b2831c23 276087129 2472527946211339 6284952321893330645 n

Nama produk

Peniaga pakaian dan kasut pelbagai saiz

Alamat

Kampung Mang, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm20 - Rm35

Nama pengusaha

Sariana Binti Ismail

No. telefon dan Fb

013-5635152

facebook.com/sarianaismail

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Sariana merupakan seorang Pembantu Pustakawan. Meskipun berpendapatan tetap, beliau turut menjalankan perniagaan sampingan kerana minat. Beliau dengan dibantu oleh suami  menjual pakaian dan kasut pelbagai saiz. Stok barangan jualan mereka diperolehi daripada Semenanjung Malaysia. Sebelum mengenali PEDi, Puan Sariana hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. Setelah berdaftar menjadi ahli di PEDi Kampung Niup dan mendapat latihan ICT di PEDi, Puan Sariana telah memanfaatkan kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah baik kaedah pengiklanan barang jualannya. Beiau kini turut memiliki kedai sendiri di laman jualan atas talian Shopee

PENIAGA KEREPEK PISANG DAN HASIL TANI

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

final S

Nama produk

Peniaga kerepek pisang dan hasil tani

Alamat

Kampung Mang, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm10

Nama pengusaha

Saniah Binti Yunus

No. telefon dan Fb

019-5904241

https://www.facebook.com.niot.mang

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Saniah merupakan seorang ibu berkerjaya. Meskipun berpendapatan tetap, beliau turut menjalankan perniagaan sampingan kerana minat. Beliau membantu bapanya, yang merupakan seorang pekebun menjual hasil bercucuk tanam seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, keluarga puan Saniah turut menghasilkan kerepek homemade dengan memanfaatkan sumber pisang yang ditanam sendiri. Kerepek pisang dengan pelbagai perisa dijual oleh beliau dengan harga sekitar RM5 ke Rm10 bergantung kepada paket. Puan Saniah mengiklankan produk yang dijual oleh beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook.

PENIAGA SANTAN KELAPA, MAKANAN KERING DAN HASIL PERTANIAN

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

217589381 4169152806538657 2152410394956225176 n kiott 2

Nama produk

Peniaga santan kelapa, makanan kering dan hasil pertanian 

Alamat

Kampung Mang, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm2.00 – Rm25

Nama pengusaha

Rokiah Binti Ahmad

No. telefon dan Fb

013-5949134

Fb https://www.facebook.com/elisya.rizqi

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Rokiah merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak. Beliau pada mulanya tidak berminat untuk berniaga lantaran sibuk  menguruskan keluarga dan anak-anak. Walau bagaimanapun, setelah sering menolong kedua ibu bapanya menjual hasil pertanian dalam kumpulan WhatsApp kampung, beliau turut bertambah minat untuk berniaga. Beliau menjual santan kelapa, makanan kering seperti ikan masin dan udang kering, buah-buahan yang diusahakan oleh ibu bapanya seperti buah  rambutan, pisang dan buah longan Brazil. Pengiklanan dalam media sosial sangat memudahkan beliau mendapatkan pelanggan dalam masa yang singkat malah beliau turut menawarkan perkhidmatan penghantaran pesanan pelanggan sehingga ke depan pintu rumah (COD). Kini, kemahiran memasak yang dimiliki dimanfaatkan oleh beliau untuk berniaga laksa Penang pula. Pada masa yang sama, beliau turut membuat dan menjual aiskrim homemade. Hal ini seterusnya berjaya membantunya meningkatkan pendapatan suaminya.

 

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 SS 263380650 2389557834508351 1226154776581370987 n 

Nama perniagaan

Pengusaha kerepek homemade dan peniaga hasil tani

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Saniah Binti Yunus

No. telefon dan Fb

019-5904241

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Saniah merupakan seorang ibu berkerjaya. Meskipun berpendapatan tetap, beliau turut menjalankan perniagaan sampingan kerana minat. Beliau membantu bapanya, yang merupakan seorang pekebun menjual hasil bercucuk tanam seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, keluarga puan Saniah turut menghasilkan kerepek homemade dengan memanfaatkan sumber pisang yang ditanam sendiri. Kerepek pisang dengan pelbagai perisa dijual oleh beliau dengan harga sekitar RM5 ke Rm10 bergantung kepada paket. Puan Saniah mengiklankan produk yang dijual oleh beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook.

PENGUSAHA KUAH ROJAK HOMEMADE DAN PEMILIK BUTIK PENGANTIN

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

e ee

Nama produk

Pengusaha kuah rojak homemade dan pemilik butik pengantin

Alamat

Kampung Niup, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Harga

Rm3.00 – Rm600

Nama pengusaha

Misiah Binti Mustapha

No. telefon dan Fb

010-7197110

Fb https://www.facebook.com/mak.etons

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Missiah atau dikenali dengan nama Eton merupakan seorang pengusaha perniagaan butik pengantin dan menjual rojak buah yang dihasilkan sendiri di Kampung Baru. Beliau mula berniaga sejak 10 tahun yang lalu. Puan Misiah dikenali bukan hanya oleh pelanggan dari sekitar Samarahan malahan pelanggannya juga ramai dari luar Samarahan. Hasil promosi yang telah dilakukan oleh beliau di media sosial ditambah lagi dengan harga pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh beliau adalah sangat mampu milik menyebabkan kadang kala beliau tidak menang tangan dalam melayan setiap tempahan terutama pada musim cuti sekolah.