Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Salem Bin Haji Bujang |
Umur |
59 tahun |
Alamat |
No. 105 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
Waktu operasi |
8.00 pagi – 5.00 petang |
Ikan bulu atau ikan mulu merupakan ikan bermusim yang cukup terkenal di Kampung Mang. Setiap tahun apabila menjelangnya bulan September hingga November, ianya menjadi waktu yang ditunggu-tunggu oleh nelayan kerana telah bermulanya musim ikan bulu. Menurut sumber yang dipetik daripada facebook Ed Ismail, kebiasaannya ikan sungai ini ditangkap dengan pukat bersaiz kecil, perolehannya mungkin boleh mencecah sehingga 500 kg. Pada zaman 80-an dan 90-an dulu, harganya hanya RM1 untuk 10 ekor tetapi hari ini harga sekilo bagi ikan bulu ialah RM10 dan yang bertelur RM18.
Ikan ini biasanya sedap dimasak dengan cara rebus berasamkan buah nanas atau buah pedada (gogam), digoreng kunyit, dipais, dibakar atau dibuat masak tempoyak. Ironinya, kehadiran ikan Mulu ini hanya di hulu sungai Batang Samarahan, di Batang Lupar serta Batang Sadong. Ikan bulu mungkin tidaklah begitu popular seperti ikan terubok tetapi kehadirannya mengikut musim membawa dirinya sebagai ikonik Samarahan (replikanya ada dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).
Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Ahmad Bin Haji Entai |
Umur |
63 tahun |
Alamat |
No. 27 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
019-8286227 |
Waktu operasi |
8.00 pagi – 5.00 petang |
Dewasa ini, Kota Samarahan telah muncul sebagai antara daerah pengeluar komoditi nanas di Sarawak. Berekar-ekar tanah telah diusahakan oleh penduduk tempatan dengan tanaman tersebut membuktikan kejayaan pelan rancangan pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan. Selain Kampung Meranek, Empila, Tambey dan Naie Baru, Kampung Mang juga telah melonjakkan diri sebagai antara lokasi pengeluar nanas yang menjadi pilihan para pembeli dan pemborong nanas. Nanas keluaran ladang Kampung Mang bukan hanya dipasarkan di sekitar daerah Samarahan malah turut mendapat permintaan yang baik daripada pembeli di bahagian Kuching, Lundu dan Serian.
Encik Ahmad merupakan antara peserta projek tanaman nanas yang dikelolakan oleh pihak IADA Samarahan. Setelah berdekad-dekad berkecimpung dalam projek tanaman nanas ini, beliau bukan hanya telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga malah turut berpengalaman dalam bidang tersebut. Antara nanas yang diusahakan oleh beliau adalah nanas jenis josephine, sarikei, N36 dan nanas paun. Sekiranya ada pihak yang ingin mendapatkan khidmat bimbingan dan latihan berkaitan tanaman nanas, bolehlah menghubungi beliau. Dalam pada itu, hamparan ladang nanas yang luas saujana mata memandang, bukan hanya ladang nanas milik encik Ahmad termasuk juga ladang nanas milik penduduk-penduduk kampung, ianya pasti menarik minat pengunjung luar yang datang ke kawasan tersebut. Hal ini berpotensi besar untuk dikembangkan sebagai salah satu hub agro-pelancongan. Peserta yang berminat akan dibawa melawat ladang nanas dan akan diajar proses penanaman nanas bermula daripada penyemaian anak benih, penanaman anak nanas, penjagaan pokok, pemasangan hormon dan penuaian buah nanas yang telah matang. Ladang nanas Kampung Mang juga sering menjadi lokasi yang dilawat oleh institusi-institusi pertanian dan pelajar daripada UITM dan UNIMAS.
Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan
Tasik ini merupakan salah satu tempat beriadah penduduk di kota samarahan terutama yang tinggal di desa ilmu.Aktiviti utama yang sering dilakukan oleh penduduk sini adalah berjoging, berkelah dan berjalan-jalan.Tempat ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bersantai di tepi tasik desa ilmu.Hal ini kerana tasik ini terletak di tengah-tengah perumahan di Desa Ilmu tersebut.
http://pekansamarahan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?start=10#sigFreeId49d5854afb
Homestay Paling Laris di Kota Samarahan, Kuching
Samarahan Guesthouse @ Uni Garden
Lorong 12 C, No 22, Uni Garden, Fasa 4A, Kuching-Samarahan Expressway , Kota Samarahan, Kuching, Malaysia 94300
http://pekansamarahan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?start=10#sigFreeIdcd70c36fb1
Samarahan Guesthouse @ Vesta Ilmu
No PIQ 24, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan, Kuching, Malaysia 94300
http://pekansamarahan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?start=10#sigFreeId27cd0b303a
Samarahan Guesthouse @ Desa Ilmu
Lorong 4, SL42 Desa Ilmu, Fasa 1, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan, Kuching, Malaysia 94300
http://pekansamarahan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?start=10#sigFreeIdd507448040