DOqVZX6UIAAkLE7 images dac891ae40369be3f5c9a775a97c08be
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Misiah Binti Tahir

Umur

57 Tahun

Alamat

No. 127 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

013-8092779

Waktu operasi

7.00 pagi - 9.00 pagi

 

Kuih celorot merupakan antara kuih tradisional  masyarakat Melayu Sarawak. Makanan  ini  selalu  mejadi menu untuk sarapan pagi, dihidang  semasa pengilan (kenduri) mahupun musim perayaan. Kuih ini diminati oleh semua golongan bukan hanya kerana rasanya yang sedap malah tekstur isinya juga lembut. Kos pembuatannya tidak  memerlukan modal yang banyak kerana menggunakan bahan yang mudah didapati di sekeliling kampung. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih celorot adalah beras pulut, gula apong  dan  santan.  Gula  apong  digunakan  sebagai  pemanis  kuih  dan  mengekalkan rasanya yang asli  tanpa campuran bahan yang lain.  Sarung  kuih pula diperbuat  daripada  daun nipah   muda yang  akan digulung  memanjang.  Semasa proses membuat sarung kuih, kemahiran menggulung diperlukan agar sarung yang dibuat tidak bocor apabila dimasukkan adunan kuih (Muhamad Fadzllah Haji Zaini, 2014). Di kampung, kuih tradisi ini dijual dengan harga yang murah iaitu 3 biji hanya RM3.

 

 

              97769584 1377614945770419 5320224608584990720 o 100750629 144094927209323 3447936639274319872 n kelupis           

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Baharah Binti Mohamad

Umur

49 Tahun

Alamat

No. 29 Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

011-40737178

Waktu operasi

7.00 pagi – 10.00 pagi

 

Kelupis merupakan antara makanan tradisi Melayu. Juadah ini kebiasaannya menjadi antara menu istimewa yang dihidangkan sewaktu hari raya. Menurut Muhamad Fadzllah Haji Zaini (2014), kelupis merupakan golongan nasi atau pulut yang dibungkus menggunakan daun palas. Makanan tradisi ini dimakan bersama rendang daging, susu mahupun pencecah manis yang lain seperti seri kaya. Untuk menghasilkan kelupis, beras pulut iaitu bahan utama untuk membuat kelupis perlu dimasak bersama santan. Setelah pulut tadi sejuk, ianya akan dibungkus di dalam daun palas. Langkah seterusnya adalah kelupis yang sudah dibungkus tadi perlu direbus selama 15 hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan. Jika disimpan dengan baik, kelupis boleh bertahan selama tiga ataupun empat hari. Kelupis biasa dijual dengan harga Rm8 hingga Rm10 seikat. Rasa kelupis yang sedap membuatkan makanan tradisi ini digemari oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Di Sarawak, makanan tradisi ini turut menjadi antara menu istimewa di sesebuah restoran untuk menarik minat pengunjung agar singgah menjamu selera di kedai mereka.

 

IMG 1722 41636012 379648615907254 1978927289228992577 n o1AJ9qDyyJNSpZWhUgGYc3MngFqoAN54JLifesTuiy1FTToLr

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Sallmah Binti Sapawi

Umur

47 Tahun

Alamat

No. 70 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

014-8944271

Waktu operasi

7.00 pagi – 10.00 pagi

 

Tapai nasi juga merupakan antara makanan tradisi Melayu. Juadah ini kebiasaannya menjadi antara menu yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi mahupun minum petang. Menurut Sallmah Sapawi (2019), tapai nasi diperbuat daripada nasi putih yang telah digaul bersama ragi dan gula. Adunan itu kemudian dibungkus di dalam daun nipah dan dibiarkan semalaman. Ianya hanya dapat dimakan pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun, semakin lama tempoh tapai nasi itu disimpan, semakin enak rasanya. Di Kampung Mang, puan Sallmah Sapawi merupakan antara peniaga tapai nasi. Tapai yang dihasilkan oleh beliau yang enak serta murah harganya, iaitu dijual pada harga seringgit untuk 3 bungkus menyebabkan ianya selalu laris dijual. Tapai yang dibuat oleh beliau sering mendapat tempahan daripada penduduk kampung terutama sewaktu adanya majlis doa selamat ataupun kenduri perkahwinan penduduk di Kampung Mang.

83835729 194802978572198 7107395152246734848 o 85168419 202094557843040 8330867035198193664 n 85210713 202136021172227 8590823121949294592 o
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Mokta Bin Mohamad

Umur

55 Tahun

Alamat

Jalan Kampung Meranek, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

016-2149000

Waktu operasi

8.00 pagi – 12.00 tengah malam

 

Homestay Seri Kenangan menawarkan perkhidmatan homestay yang selesa dengan harga mampu milik. Dikelilingi dengan suasana kedamaian kampung, homestay ini turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, tempat terbuka untuk aktiviti babeque bersama keluarga, malah terdapat juga ladang buah-buahan serta taman haiwan mini khas buat tatapan pengunjung yang bertandang ke situ. Lokasi homestay ini juga strategik kerana terletak berdekatan UITM, Unimas serta bandar Kuching. Perkhidmatan membawa pelanggan melawat lokasi menarik di sekitar Kota Samarahan dan Kuching seperti melawat Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Semenggoh Wildlife, Jong Crocodile Farm dan lain-lain lagi turut ditawarkan oleh homestay ini. Dengan harga permulaan serendah RM90, kepada yang berminat untuk membuat tempahan bilik, bolehlah menghubungi nombor 016-2149000 ataupun melayari https://www.booking.com/hotel/my/seri-kenangan.en.html….

 

77000479 2579468945507059 3781308474621689856 n 77083079 2579469648840322 4461051211730124800 n 74610631 2579469785506975 5518262389507620864 n

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Yakup Bin Haji Johari

Umur

58 Tahun

Alamat

No. 61 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

019-2522519

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Lemang merupakan makanan tradisi Melayu. Ianya diperbuat daripada beras pulut yang dimasak bersama santan, dibakar di dalam buluh lemang yang telah disaluti daun pisang di dalamnya. Kebiasaannya, juadah ini disediakan apabila menjelangnya Hari Raya tetapi uniknya di Kampung Mang, makanan tradisi ini menjadi juadah wajib yang mesti ada setiap kali berlangsungnya majlis kenduri-kendara. Lemang dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang ke majlis malah turut dijadikan sebagai buah tangan kepada mereka yang pulang. Encik Yakup, 58 merupakan salah seorang warga Kampung Mang yang cukup mahir dalam menyediakan juadah lemang. Sewaktu kenduri-kendara, beliau sering mengetuai penduduk kampung melakukan kerja gotong-royong memasak lemang. Beliau turut mengambil tempahan lemang pada hari biasa mahupun di musim-musim perayaan. Lemang yang dibuat oleh beliau bukan sahaja sedap malah harganya juga sangat berpatutan iaitu sebatang lemang dijual dengan harga sekitar RM8.